Memahami Kaedah-kaedah Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit

Advertisement
Pasaran hadapan minyak kelapa sawit biasanya terdapat di pelbagai bursa saham di Malaysia. Biasanya bursa saham yang paling terkenal adalah Bursa Malaysia atau yang dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau juga Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). Hampir 90% saham yang terdapat di Bursa Malaysia adalah saham-saham halal dan terbaik yang terdapat di Malaysia. Bursa Malaysia juga termasuk salah satu bursa saham terbesar di Asia dengan modal pasaran memcecah RM 1 trillion.

Salah satu saham yang terdapat di Bursa Malaysia adalah saham kelapa sawit. Tidak dinafikan lagi salah satu perniagaan yang banyak dan makmur di Malaysia adalah perniagaan kelapa sawit. Pasaran hadapan minyak kelapa sawit atau yang sering disebut FCPO adalah salah satu produk terbaik Bursa Malaysia.


Selain itu, harga saham FCPO ini juga tergolong cukup tinggi. Hal ini memang sesuai, kerana perniagaan kelapa sawit menguntungkan. Selain itu produknya juga bermanfaat kerana boleh digunakan menjadi berbagai hal seperti minyak masak. Berikut adalah lima kaedah-kaedah untuk mengikuti pasaran hadapan minyak kelapa sawit atau FCPO:

1. Kontrak derivatif

Kontrak FCPO adalah kontrak derivatif yak diiktiraf undang-undang Malaysia di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar miinyak sawit tertentu di padar hadapan. 1 lot FCPO biasanya bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah.

2. Harga

Harga FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia (RM) per satu pergerakan sekurang-kurangnya harga RM 1 dan di masa depan boleh meningkat hingga RM25. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5, ini bermakna nilai sebenar ke pelabur yakni RM25 X RM5 = RM125.

3. Bulan kontrak

Kontrak FCPO atau biasanya dikira per lima bulan atau biasa di sebut spot month. Selepas itu anjakkan 2 bulan hingga 24 bulan.

4. Masa urusniaga

Masa urusniaga bagi FCPO ada dua sesi. Sesi pertama yakni pagi bermula dari jam 10.30 pagi, hingga 12.30 tengah hari. Lalu sesi petang bermula dari jam 3 petang hingga jam 6 petang.

5. Jual & beli

FCPO membenarkan kita membeli dahulu dan kemudian jual begitu juga sebaliknya boleh menjual dahulu dan kemudian baru membeli. Keuntungan diperolehi apabila melengkapkan urusniaga kita dengan membeli di harga rendah dan menjualnya dengan harga tinggi. Kontrak yang diniagakan adalah sah dari segi undang-undang.

Itulah beberapa peraturan-peraturan untuk mengikuti pasaran hadapan minyak kelapa sawit di Bursa Malaysia. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

0 Response to "Memahami Kaedah-kaedah Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit"

Catat Ulasan